Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 4 tahun diterbitkan

Warga emas cedera ditumbuk ketika beli juadah berbuka

Seorang lelaki warga emas cedera di muka akibat ditumbuk seorang lelaki, ketika keluar membeli kuih-muih untuk juadah berbuka puasa, di sebuah flat di Bukit Bangsar, di Kuala Lumpur, pada Jumaat lepas.

Kejadian itu berlaku pada kira-kira pada 5.30 petang itu, ketika mangsa sedang beratur menunggu giliran untuk membeli kuih dan disapa lelaki itu yang dikenalinya, sebelum secara tiba-tiba ditumbuk.

Difahamkan, mangsa yang berusia 73 tahun itu mengalami kecederaan di mata kanan dan kiri, serta lebam di bahagian muka, dan mengsa tidak tahu mengapa beliau diserang.

Ketua Polis Daerah Brickfields, ACP Zairulnizam Mohd Zainuddin@Hilmi ketika dihubungi Bernama mengesahkan, menerima laporan berhubung kes berkenaan.

Beliau berkata pihaknya menyiasat kes berkenaan di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan, kerana dengan sengaja menyebabkan cedera.

- Bernama