Ujian di Menara City One sesak sebab 'masalah komunikasi' - KP Kesihatan
Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata "masalah komunikasi" menyebabkan kurangnya penjarakan sosial semasa ujian saringan massa di Menara City One pada hari Jumaat malam.
"Jelas terdapat masalah komunikasi.
"Pada akhirnya, ramai orang bersesak mengerumuni kawasan itu dan jarak sosial tidak dijaga.
"Kami perlu memperbaiki pelaksanaannya dan mengikuti prinsip panduan kami," katanya ketika dihubungi selepas penduduk menolak penjelasan Kementerian Kesihatan (KKM).
Dr Noor Hisham sebelum ini berkata kesesakan disebabkan penduduk dari blok lain turut hadir untuk menjalani ujian walaupun mereka tidak diminta.
Penduduk pula berkata kakitangan KKM mengarahkan penduduk dari aras berbeza di Menara City One untuk turun pada masa sama.
Dalam suatu kenyataan itu dikeluarkan bersama oleh penduduk, syarikat pengurusan dan pengurusan kondominium, mereka berkata keadaan tidak teratur seperti itu sudah beberapa kali terjadi.
Bangunan itu sekarang berada di bawah perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) yang dikuatkuasakan kerana terdapat kes Covid-19 yang tinggi di sana.
Berikutan kejadian itu, Noor Hisham berkata kementerian akan berusaha meningkatkan pelaksanaan pemeriksaan kesihatan.
"Kementerian telah mengarahkan pengarah kesihatan wilayah untuk bekerja rapat dengan polis, penduduk dan pengurusan bagi memperbaiki pelaksanaan ujian massa pada masa depan.
"Terima kasih kepada semua penduduk di kawasan dan bangunan PKPD atas pemahaman, kesabaran dan kerjasama," katanya kepada Malaysiakini.
Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai