Kes tipu jual topeng muka catat kerugian hampir RM5 juta
Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman merekodkan 498 kes penipuan penjualan penutup hidung dan mulut dengan kerugian hampir RM5 juta sepanjang pelaksanaan Op COVID-19 bermula 18 Mac lepas sehingga semalam.
Pengarah JSJK Datuk Zakaria Ahmad berkata dalam tempoh itu, 498 kertas siasatan dibuka dengan 114 individu ditahan manakala 14 telah dituduh di mahkamah.
Beliau berkata Selangor mencatatkan kes tertinggi dengan 111 kertas siasatan dibuka, diikuti Perak (57 kertas siasatan) serta Johor dan Pulau Pinang, masing-masing dengan 56 kertas siasatan.
“Dalam tempoh Januari sehingga semalam, jumlah kes penipuan penutup hidung dan mulut melalui laman Facebook mencatatkan jumlah tertinggi iaitu 481 kes, diikuti aplikasi WhatsApp (94 kes) dan laman web mudah.my (33 kes),” katanya kepada Bernama, hari ini.
Penutup hidung dan mulut mendapat permintaan yang tinggi daripada pengguna susulan penularan wabak COVID-19.
- Bernama
Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai