Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 4 tahun diterbitkan

Pompeo: AS gesa China tutup pasar jual haiwan liar

GLOBAL l Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) Mike Pompeo berkata Washington DC mahu China menutup pasar yang menjual haiwan liar di negara itu kerana ada kaitan dengan penyebaran penyakit zoonotik.

Wabak coronavirus baru dipercayai berasal dari pasar yang terletak di tengah bandar Wuhan pada tengah akhir tahun lalu.

Wabak itu kemudian menular ke seluruh dunia sehingga menjadi pandemik dan mengorbankan lebih 180,000 orang, selain menjangkiti lebih 2.6 juta orang, berdasarkan pengiraan yang dilakukan oleh Reuters.

"Berdasarkan kaitan kuat antara penjualan haram haiwan liar di pasar dan penyakit zoonotik, AS meminta China menutup terus pasar haiwan liar dan semua pasar yang menjual haiwan liar secara haram," kata Pompeo dalam satu kenyataan lewat hari Rabu.

- Reuters

[Baca berita penuh]


Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.