Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 4 tahun diterbitkan

PKR Sarawak mohon benarkan pengedar buah, sayur bergerak malam

PKR Sarawak memohon kerajaan membenarkan pengedar buah-buahan dan sayur-sayuran bergerak antara daerah antara tujuh malam dan tujuh pagi.

Ketua penerangan dan komunikasinya Abun Sui Anyit, berdasarkan maklum balas diterimanya, masa pergerakan pada waktu siang menyebabkan mereka terperangkap dalam kesesakan.

Pada masa itu, katanya, pengguna lain turut menggunakan jalan raya.

“Alasan yang diberi adalah kerana sayur dan buah-buahan perlu diedarkan/dijual segera.

“Takut layu dan cepat busuk akibat terperangap dalam kesesakan jalan raya.

“Memang itulah rutin mereka selama ini sebelum adanya PKP,” kata Abun.