Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 4 tahun diterbitkan

Stok ubat Malaysia cukup, termasuk Remdesivir - KP Kesihatan

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah memberi jaminan Malaysia tidak mempunyai masalah dengan stok ubat, termasuk ubat Remdesivir, sejenis ubat eksperimen dengan beberapa kejayaan dalam merawat pesakit Covid-19.

“Ubat tersebut telahpun didaftarkan dan ada di bawah ketua pengarah kesihatan kita pun luluskan jadi sekarang kita ada memantau, jadi masih di peringkat di awal.

"Tapi apa yang pasti ubat tersebut dan juga ubat-ubat lain, kita tiada masalah mengenai ubat, dari segi stok pun semua cukup untuk kita merawat," katanya pada sidang harian Kementerian Kesihatan di Putrajaya hari ini.

Dilaporkan awal hari ini bahawa pesakit Covid-19 di Amerika Syarikat yang dirawat dengan ubat eksperimen Remdesivir dalam ujian klinikal telah pulih dengan cepat, dengan kebanyakan sudah dapat pulang ke rumah dalam beberapa hari.

Doktor yang mengetuai ujian itu, pakar penyakit berjangkit University of Chicago Dr Kathleen Mullane berkata semua pesakit mengalami gejala pernafasan yang teruk dan demam tetapi dapat discaj dari hospital setelah kurang dari seminggu menjalani rawatan.

Hasil rasmi uji kaji itu belum keluar lagi dan laporan berita tersebut berdasarkan video perbualan yang diperoleh mengenai ujian tersebut.

[Baca berita asal]


Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.