Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 5 tahun diterbitkan

Bernama tamatkan kontrak Nurini Kassim sebagai CEO bulan depan

Lembaga Pengelola Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) hari ini membuat keputusan untuk menamatkan kontrak Ketua Pegawai Eksekutifnya (CEO) Nurini Kassim berkuat kuasa 16 Mei 2020.

Pengerusi agensi berita nasional itu yang baru dilantik, Suhaimi Sulaiman berkata Lembaga Pengelola Bernama dalam mesyuarat hari ini juga membuat keputusan Ketua Pengarang Mokhtar Hussain akan turut menjalankan tugas-tugas CEO sehingga pelantikan baru dibuat.

Suhaimi berkata Bernama akan terus maju untuk menjadi jenama media nombor satu serta kekal relevan dan berwibawa.

"Adalah lumrah bagi sesebuah organisasi untuk terus mencari seorang pemimpin profesional bagi memperkukuhkan organisasi," katanya dalam satu kenyataan.

Nurini dilantik sebagai CEO Bernama pada 2 Jan 2019.

- Bernama