Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 4 tahun diterbitkan

Fasa 3 PKP: Polis S'gor tangkap lebih 300 orang

Seramai 334 orang ditangkap di Selangor semalam kerana ingkar perintah kawalan pergerakan (PKP) yang masuk fasa ketiga.

Jurucakap ibu pejabat polis kontinjen Selangor Muhammad Yazid Muhammad Yew memaklumkan hal ini pada sidang akhbar di Shah Alam hari ini.

"Semalam sahaja, polis menangkap 334 orang, termasuk warga asing.

"Mereka ditahan pada sekatan jalan dan ketika pemeriksaan mengejut," jelasnya.

Walaupun PKP telah memasuku fasa ketiga, Muhammad Yazid berkata masih terdapat lagi sesetangah pihak yang masih degil.

Katanya, sebagai contoh walaupun arahan mengatakan hanya seorang wakil isi rumah yang boleh keluar membeli barangan namun ketika pemeriksaan masih juga didapati lebih daripada dua orang yang pergi.

Mengenai jumlah keseluruhan tangkapan sejak fasa pertama PKP yang bermula pada 18 Mac, Muhammad Yazid berkata polis telah menangkap 2255 orang.

Kes tipu topeng muka, jenayah siber

Bagi penipuan topeng muka, Muhammad Yazid berkata setakat semalam terdapat 150 kes direkodkan melibatkan kerugian RM1.933 juta.

Sejak 18 Mac hingga 15 April, polis Selangor juga merekodkan 467 kes jenayah siber termasuk penipuan telekomunikasi dan e-dagang, sedangkan hanya 187 kes yang dicatatkan ketika tempoh sama pada tahun lalu.

Muhammad Yazid juga menasihatkan orang ramai untuk mematuhi PKP, mengulangi bahawa tada lagi notis kompaun yang dikeluarkan terhadap individu yang ingkar.

"Sebarang pelanggaran, kami akan membuat penangkapan dan kertas siasatan akan dibuka," tegasnya.

[Baca berita asal]