Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 4 tahun diterbitkan

Polis Johor cadang MITI keluar pas khas industri dibenar ketika PKP

Polis Johor mencadangkan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) untuk mengeluarkan pas khas, kepada sektor industri yang dibenarkan beroperasi ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ketua Polis Johor Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, pas khas itu juga akan sekali gus dapat membantu mengelakkan pemalsuan surat kebenaran, selain memudahkan pemeriksaan dijalankan ketika sekatan jalan raya (SJR).

Cadangan berkenaan diusulkan, susulan pihaknya akan mengetatkan lagi pemeriksaan SJR pada fasa ketiga PKP ini, dan ini akan menyebabkan kesesakan bertambah di 62 SJR di negeri ini.

"Kita ada cadangkan pada mesyuarat bersama Majlis Keselamatan Negara (MKN) baru-baru ini untuk menyediakan pas khas, kerana kalau hendak ikut lampiran nama tu memang susah nak cek satu satu. Kalau ada pas khas senang dan ini memudahkan semua pihak termasuk MITI, pihak kilang dan kami sendiri (Polis).

"Kita jangkakan barisan kenderaan akan lebih panjang dan sesak dua tiga hari lagi kerana SJR, berikutan beberapa sektor lagi terutama perkilangan dibenarkan beroperasi, jadi cadangan ini supaya MITI mengeluarkan pas khas bagi memudahkan pemeriksaan ketika SJR," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di Johor Bahru hari ini.

- Bernama