Rakyat M'sia ditemui mati dalam tahanan polis di Bangkok
Seorang rakyat Malaysia ditemui mati ketika dalam tahanan polis di Samut Prakan, selatan Bangkok, semalam.
Pegawai penyiasat Bangkaew, Daerah Bang Phli, Samut Prakan Pol Maj Thanthit Danrasi berkata lelaki berusia 41 tahun dari Kuala Lumpur itu ditahan pada Sabtu kerana melanggar perintah berkurung dan melakukan kerosakan harta benda serta menimbulkan kekacauan.
Beliau berkata pekerja kilang manik plastik itu ditemui mati di sel Balai Polis Bangkaew.
"Lelaki yang mabuk itu telah menimbulkan kekacauan sebelum ditahan polis. Dia yang dalam keadaan mabuk dibawa ke balai polis dan ditempatkan di dalam sel bersendirian.
"Bagaimanapun, pegawai polis yang membawa makanan kepadanya semalam mendapati lelaki itu telah meninggal dunia. Rakaman kamera litar tertutup tidak menemui apa-apa yang mencurigakan," katanya ketika dihubungi.
Lelaki itu meninggalkan seorang isteri dan dua anak.
Thanthit berkata mayat lelaki itu telah dihantar ke Hospital Bang Phli untuk bedah siasat serta ujian Covid-19 dan polis sedang menyiasat kes itu.
- Bernama
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai