Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 4 tahun diterbitkan

Video dakwa CIQ di JB dirempuh sebenarnya latihan kebakaran

Jabatan Imigresen menafikan dakwaan bahawa sekumpulan orang ramai merempuh Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (CIQ) di Johor Bahru.

Video kejadian yang berlaku pada 9 April itu dikatakan tersebar di media sosial sejak semalam.

Ketua Pengarah Imigresen, Khairul Dzaimee Daud menjelaskan bahawa video itu sebenarnya adalah suasana latihan kebakaran yang dijalankan pada 18 Disember 2019.

"JIM mengambil serius perbuatan penularan video berkenaan oleh pihak yang tidak bertanggung jawab yang berniat untuk menimbulkan keresahan dikalangan masyarakat. 

"Satu laporan polis akan dibuat oleh pihak JIM Johor," katanya dalam satu kenyataan ringkas.

Jabatan Imigresen juga berkongsi beberapa gambar sekitar kompleks berkenaan yang kelihatan tenang dengan tiada siapa yang dilihat di kawasan itu kecuali petugas barisan hadapan.