Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 4 tahun diterbitkan

AS memasuki 'minggu kematian puncak' Covid-19

KORONAVIRUS l Amerika Syarikat sedang mempersiapkan pada Isnin untuk apa yang disebut oleh seorang pegawai sebagai "minggu kematian puncak" virus Covid-19, manakala di sebelah Lautan Atlantik Perdana Menteri Britain Boris Johnson, tokoh paling menonjol dijangkiti Covid-19, dibawa ke pusat penjagaan intensif.

Johnson dimasukkan ke hospital pada Ahad lalu selepas 10 hari menunjukkan gejala penyakit itu, tetapi berkata sepanjang masa itu dia terus bekerja.

"Sepanjang petang ini, keadaan perdana menteri semakin buruk dan, berdasarkan nasihat pasukan perubatannya, dia telah dipindahkan ke unit rawatan intensif (ICU)," kata Downing Street pada Isnin, sambil menambah bahawa setiausaha luar akan memangku jawatannya.

Di peringkat global, mereka yang dijangkiti Covid-19 terus meningkat dengan tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda untuk melandai lagi.

Reuters pada jam 1400 GMT meletakkan jumlah kes yang disahkan pada 1.27 juta - hanya tiga hari selepas ia mencecah angka satu juta - dengan kematian sebanyak 17,000 orang dalam tempoh yang sama itu menjadikan jumlahnya 70,395.

Tetapi sinar harapan terpancar di negara-negara Eropah, termasuk Itali dan Sepanyol yang paling teruk terjejas yang sekarang mungkin melonggarkan kawalan sekatan pergerakan selepas menyaksikan penurunan dalam kadar kematian mereka berkaitan dengan Covid-19.

Amerika Syarikat setakat ini mempunyai kes yang disahkan paling tinggi iaitu pada lebih 355,000 pada Isnin, dengan kematian melebihi 10,000 orang.

"Jumlah yang dimasukkan ke hospital akan memuncak, minggu ICU di kemuncak, dan malangnya, minggu kematian puncak," kata Laksamana Brett Giroir, seorang doktor dan ahli pasukan petugas Covid-19 White House memberitahu program TV "Good Morning America" terbitan ABC pada Isnin.

Dianggarkan kira-kira dua kali lebih ramai orang yang mati dalam sehari di AS berbanding dengan di Sepanyol atau Itali, dengan hospital melaporkan kekurangan katil, ventilator atau alat bantuan pernafasan dan peralatan pelindung.

Meskipun New York City menyaksikan hampir satu pertiga daripada kematian Covid-19 di AS, lebih daripada 90 peratus rakyat Amerika masih mengingkari perintah sekatan pergerakan.

- Reuters

[Baca berita penuh]