Pinjaman percuma dan geran khas untuk syarikat PKS mikro
Kerajaan akan menawarkan pinjaman tanpa faedah sehingga RM10,000 dan pemberian geran khas RM3,000 untuk setiap syarikat mikro yang berdaftar dengannya.
Perdana Menteri Muhyiddin Yassin berkata geran itu, yang berjumlah RM2.1 bilion, akan memanfatkan 700,000 pemilik perniagaan.
Syarikat-syarikat itu mesti berdaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri dan pihak berkuasa tempatan serta Suruhanjaya Syarikat Malaysia.
Bank Simpanan Nasional dan Tekun Nasional akan menawarkan pinjaman tanpa faedah, yang jumlahnya dihadkan kepada RM200 juta.
Ini adalah antara langkah-langkah rangsangan tambahan yang diumumkan oleh Muhyiddin hari ini khusus untuk menangani kebimbangan PKS, dengan matlamat untuk mengekalkan dua pertiga pekerjaan di Malaysia.
Muhyiddin juga mengumumkan bahawa pengurangan bayaran levi pekerja asing sebanyak 25 peratus kepada semua syarikat yang permit pekerja mereka tamat pada 1 April hingga 31 Disember.
“Pengurangan bayaran levi ini tidak terpakai kepada pembantu rumah,” katanya.
Sementara itu, Muhyiddin turut menggesa organisasi pemberi pinjam wang berdaftar lain untuk mencontohi bank dalam memberi moratorium ke atas bayaran ansuran PKS selama 6 bulan bermula April ini.
“Saya berharap organisasi pemberi pinjam wang turut bersimpati dengan kesukaran yang dihadapi oleh pelanggan dan bersama-sama membantu meringankan beban kewangan mereka,” kata Muhyiddin.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai