Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 5 tahun diterbitkan

Tempoh permohonan UPU dilanjutkan ke 17 April

Permohonan kemasukan pelajar ke Universiti Awam (UA), Institut Pendidikan Guru (IPG), Kolej Matrikulasi, Politeknik, Kolej Komuniti dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) dilanjutkan ke 17 April, dari 7 April sebelum ini.

Menteri Pengajian Tinggi Datuk Dr Noraini Ahmad dalam kenyataan juga memaklumkan hari terakhir bagi pemohon membeli nombor Unik ID melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) bagi tujuan permohonan itu adalah pada 16 April.

“Sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, saya memahami calon lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau setaraf sukar untuk mendapatkan akses internet,” katanya.

Hebahan keputusan permohonan calon SPM bagi kemasukan ke UA, IPG, Kolej Matrikulasi, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA dijangka diumumkan pada 3 Jun ini.

Keputusan permohonan calon STPM atau setaraf bagi kemasukan ke program Ijazah Sarjana Muda ke UA dijangka diumumkan pada 18 Ogos.

Maklumat terkini atau pertanyaan, sila layari laman rasmi Facebook UPU di https://www.facebook.com/UPUonlineBPKPJPT/ atau tontoni Facebook Live yang diadakan setiap hari sehingga 14 April dari 10-11 pagi dan 3-4 petang.

Menurut kenyataan itu, KPT bersedia menjawab sebarang pertanyaan semasa sesi tersebut dijalankan.

-Bernama