50 hektar hutan simpan di T'ganu terbakar
Kira-kira 50 hektar hutan simpan di Kampung Ban Ho, Cheneh di Chukai, Terengganu terbakar, yang dipercayai berpunca daripada pembakaran terbuka oleh individu tidak bertanggungjawab.
Ketua Zon 2 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Terengganu Azman Alias berkata kebakaran itu, yang berlaku sejak petang, masih belum berjaya dipadamkan.
“Setakat ini, kita belum dapat memastikan keluasan sebenar kebakaran tersebut kerana keadaan api yang marak dan kesukaran untuk masuk ke lokasi itu.
“Petang tadi kita hanya melakukan pemadaman setakat mana kawasan yang boleh kita masuk terlebih dahulu, ini kerana keadaan cuaca yang semakin gelap menyukarkan pergerakan dan juga membahayakan keselamatan anggota kita ketika melakukan aktiviti pemadaman," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Sebuah jentera dengan 11 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Cheneh digegaskan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pada 4 petang namun api yang merebak dengan pantas susulan angin kuat dan cuaca kering menyukarkan kerja-kerja memadamkan kebakaran itu.
“Operasi malam ini ditangguhkan pada 7 malam dan akan disambung semula pada 8 pagi esok," katanya sambil menambah bahawa pihak bomba akan memantau situasi kebakaran dari semasa ke semasa sepanjang malam ini.
-Bernama
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai