Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 4 tahun diterbitkan

Menteri kewangan di Jerman bunuh diri

Nota Editor: Selaras dengan garis panduan KKM mengenai laporan tentang bunuh diri, Malaysiakini tidak menyatakan bagaimana cara atau kaedah yang digunakan untuk membunuh diri dalam laporan ini.


Menteri kewangan negeri serantau Jerman di daerah kewangan Frankfurt dilaporkan telah membunuh diri, kata polis dan pejabat pendakwa raya dalam satu kenyataan bersama pada Sabtu lalu.

Menurut siasatan polis, Thomas Schaefer, yang mengetuai kementerian kewangan Hesse selama hampir sepuluh tahun, didapati mati berhampiran Frankfurt.

Polis dan pejabat pendakwa raya tidak memberi maklumat mengenai motif pembunuh tersebut.

Sementara itu, AFP memetik pemimpin negeri Hesse, Volker Bouffier, sebagai berkata, Schaefer dipercayai membunuh diri selepas dilihat ‘terlalu bimbang’ akan krisis ekonomi susulan penularan wabak Covid-19.

“Kami terkejut, berasa tidak percaya dan lebih daripada itu, kami amat sedih,” kata Bouffier.

Hesse terletak di Frankfurt yang juga ibu negara Jerman. Ia adalah ibu pejabat institusi kewangan utama seperti Bank Deutsche and Commerzbank beroperasi. Bank Pusat Eropah juga terletak di Frankfurt.

“Hari ini, kami terpaksa mengandaikan bahawa beliau terlalu bimbang.

“Kita memerlukan seseorang seperti beliau pada saat-saat sukar sebegini,” katanya yang juga sekutu rapat kepada Canselor Jerrman, Angela Merkel.