Artikel ini sudah 5 tahun diterbitkan
Penafian terhadap berita palsu Covid-19 yang tular hari ini
Berikut senarai penafian berita tular di media sosial oleh agensi-agensi bertanggungjawab melalui kenyataan media Pasukan Respon Pantas Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) hari ini.
- Bank Negara Malaysia (BNM) menafikan dakwaan bahawa pembayaran melalui kad dibekukan bagi perniagaan non-essentials mulai 27 Mac sehingga Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tamat.
- Pihak Hospital Segamat, Johor menafikan dakwaan tentang penggunaan wad di hospital berkenaan bagi menempatkan pesakit-pesakit COVID-19 walaupun telah diwartakan sebagai hospital saringan dan untuk pesakit non Covid-19.
- Majlis Keselamatan Negara (MKN) menafikan dakwaan posting berkaitan penjualan pakaian bundle milik orang yang telah meninggal dunia akibat Covid-19.
-Bernama
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai