Gardenia tingkatkan pengeluaran 5% kepada 2.2 juta buku roti sehari
Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd telah meningkatkan pengeluarannya ke tahap 2.2 juta buku roti sehari menerusi lima buah kilangnya yang beroperasi selama 24 jam.
Pengurus Besar Kanannya, Desmond Tan, berkata pengeluaran berkenaan merupakan penambahan sebanyak lima peratus dari jumlah pengeluaran sebelum pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
“Bekalan ini mampu menampung sebanyak 60 peratus daripada permintaan roti dari seluruh Semenanjung Malaysia dengan jenama lain turut mengalami permintaan yang tinggi sejak PKP dilaksanakan," katanya selepas menerima lawatan Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Rosol Wahid, ke kilang itu, di Shah Alam hari ini.
Katanya, walaupun berlaku peningkatan kadar pengeluaran roti, pihaknya sentiasa mengikut piawaian yang ditetapkan termasuk aspek kebersihan, penghantaran dan pengurusan roti yang telah tamat tempoh.
Sementara itu, Rosol bersetuju agar peruncit melaksanakan pembelian roti terhad secara kendiri mengikut keperluan lokaliti masing-masing demi menjaga kebaikan pengguna yang lain.
- Bernama
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai