Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 5 tahun diterbitkan

Op basmi kuman di PPR, tempat awam berisiko Isnin ini

Kerajaan Perumahan dan Kerajaan Tempatan akan melakukan operasi membasmi kuman di projek perumahan rakyat (PPR) dan tempat awam yang berisiko.

Tindakan ini sebagai antara langkah kerajaan untuk membendung penularan wabak Covid-19.

Menteri Pertahanan Ismail Sabri Yaakob mengumumkan hari ini bahawa inisiatif "nyah cemar" akan bermula pada Isnin, 30 Mac ini.

"Kementerian akan memfokuskan kawasan berisiko tinggi sebelum pergi ke unit PPR satu demi satu," katanya pada siaran sidang media hari ini.

Ismail, setakat ini pihak berkuasa telah melakukan pembasmian kuman di Kuala Lumpur membabitkan 11 pasar basah dan beberapa tempat panas di Sri Petaling berkaitan kluster kes Tabligh.

"Setakat ini, 11 proses nyah cemar dilakukan oleh DBKL (Dewan Bandaraya Kuala Lumpur) melibatkan 11 pasar.

“Hari ini proses nyah cemar juga dilaksana di kawasan Seri Petaling," katanya.

Dua kawasan petempatan di Simpang Renggam, Kluang, Johor yang mempunyai kes jangkitan tinggi Covid-19 juga telah dilakukan pembersihan membasmi kuman.

[Baca berita penuh]