Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 4 tahun diterbitkan

Brunei catat korban pertama Covid-19

Brunei melaporkan kematian pertama akibat Covid-19, menurut Kementerian Kesihatan pada Sabtu.

Mangsa seorang lelaki berusia 64 tahun yang pulang dari Malaysia dan Kemboja pada 4 Mac, lapor agensi berita Xinhua.

Pesakit itu meninggal dunia pada Jumaat malam di Pusat Pengasingan Kebangsaan di daerah Tutong, mangsa merupakan kes Covid-19 ke-25.

Satu lagi kes baru dilaporkan pada Jumaat menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 115.


-Bernama