Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 5 tahun diterbitkan

'Pejabat YB Rina dah telefon tadi, alhamdulillah'

Bekas ahli pemegang amanah Yayasan Kebajikan Negara (YKN) Syed Azmi Al Habshi memaklumkan yang beliau masih dibenarkan membantu yayasan itu sehingga tamat musim wabak Covid-19.

Azmi memaklumkan yang beliau telah mendapat mendapat panggilan daripada pejabat Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat, Rina Harun membenarkan untuk terus menyumbang tenaga.

Bagaimanapun katanya, beliau akur dengan keputusan penggugurannya daripada jawatan itu walaupun ada kemungkinan akan dilantik semula.

"Pejabat YB Rina dah telefon tadi, alhamdulillah. Permohonan saya untuk membantu team YKN di lapangan dibenarkan sehingga tamat musim Covid-19.

"Saya tak peduli pasal jawatan, saya nak kerja sementara musim ini sahaja.

"Ofis YB Rina juga memberitahu hubungan YB dengan saya adalah baik," tulis beliau dalam satu hantaran di Facbooknya.


Syed Azmi: YB, habis musim Covid-19, saya undur tanpa bunyi


Semalam, Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat dalam satu surat yang ditandatangi menteri memaklumkan tentang pengguguran Azmi sebagai ahli pemegang amanah YKN.

Rina Harun

Mendapat perkhabaran itu, Azmin membuat rayuan kepada Rina supaya memberinya peluang untuk berkhidmat dengan YKN sehingga musim Covid-19 selesai.

"Namun begitu, mengenai YKN, saya mohon benar-benar mohon pihak menteri memberi kelonggaran saya bekerja di bawah payung YKN sehingga musim Covid-19 ini selesai.

"Ini kerana saya sudah lama mengenali gerak kerja YKN di lapangan seperti di Pusat Transit Gelandangan dan Anjung Singgah Kuala Lumpur lebih lama daripada saya mengenali YKN.

"Saya mohon YB Rina Harun, memberi saya peluang menggunakan platform ini agar saya boleh membantu rakan staff YKN di tapak mereka sekarang," rayu Azmi.

‘Kritik polisi, buka menteri’

Sementara itu Azmi menegaskan hubungannya dengan Rina adalah baik walaupun ada yang melihatnya bagaikan tidak sehaluan.

Oleh itu beliau meminta orang ramai supaya tidak mengeluarkan kata-kata kesat ataupun mengkritik menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat itu.

"Saya tahu, kami orang nampak macam tak sehaluan 'but its only on issues. Nothing personal'.

"Dan tolong jangan kutuk menteri, kritik polisi yang tak fokus rakyat bermati-matian tapi tak perlu kutuk orang. Saya tak pernah ajar orang nak buat macam tu," katanya lagi.