Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 4 tahun diterbitkan

Kesatuan sekerja gesa Miti teliti semula kebenaran kilang beroperasi

Kesatuan sekerja Pulau Pinang menyuarakan kebimbangn susulan keputusan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti) memberi pengecualian kepada pelbagai syarikat pembuatan bagi memulakan operasi dengan bersyarat sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP).

Ketua Menteri Chow Kon Yeon dan agensi pelaburan negeri Pulau Pinang menjelaskan bahawa pihaknya akur keputusan Miti untuk membenarkan industri termasuk kilang yang dikategorikan sebagai penting beroperasi pada tahap minima.

Setiausaha Kongres Kesatuan Sekerja (MTUC) cawangan Pulau Pinang, K Veeriah berkata, pihaknya gusar lebih-lebih lagi melihat kepada objektif PKP iaitu untuk memastikan rakyat duduk di rumah masing-masing.

“Orang awam sepatutnya dikuarantin, menjarakkan diri antara satu sama lain (sosial distancing) dan beberapa cara untuk bendung penularan wabak Covid-19,” kata Veeriah kepada Malaysiakini.

“Ia bertentangan dengan keputusan Miti untuk benarkan syarikat mula operasi kerana ia akan mendedahkan beribu pekerja kepada wabak Covid,” katanya.

Selain itu, Veeriah mengambil contoh syarikat pembuatan sarung tangan yang mempunyai seramai 70,000 pekerja.

Beliau mendakwa sektor yang telah dibenarkan beroperasi menggunakan 50 peratus tenaga kerja, iaitu dalam 35,000 pekerja.

Katanya lagi, pekerja terbabit bukan hanya perlu berulang alik dari tempat kerja tetapi terpaksa menghabiskan masa selama 8 jam di premis di mana penjarakan sosial (social distancing) sukar dilaksanakan.

“Perkara sama juga berlaku di syarikat elektronik, di mana kerja melibatkan sistem pilihan pengeluaran.

“Ia juga turut akan berlaku di beberapa sektor,” tambah Veeriah.

Veeriah juga menggesa Miti supaya meneliti kembali kebenaran buat semua sektor dan hanya membenarkan syarikat berlandaskan terma PKP yang boleh beroperasi.

“Dan kepada sesiapa yang melanggar syarat ditetapkan Miti akan dikenakan hukuman,” katanya.

Veeriah turut memetik dua dokumen yang merujuk kepada syarat dalam surat dikeluarkan Miti ketika membenarkan operasi terbabit.

Beliau merujuk kepada perenggan 2 (ii), yang seperti berikut:

"Syarikat dikehendaki untuk memenuhi permintaan dan keperluan produk keluaran atau perkhidmatan bagi pasaran tempatan sepenuhnya."

Sementara itu, Veeriah kata, pada pandangan MTUC, kebenaran tersebut hanya tertakluk kepada syarikat pembuatan domestik sahaja.

“Melihat kepada keadaan ini, kami dimaklumkan bahawa terdapat beberapa syarikat yang hanya eksport produk dalam peratus kecil bagi pasaran domestik .

“Kami diberitahu untuk satu kes (syarikat pengeluar produk) dengan jualan pasaran tempatan sebanyak 2-3 peratus juga dibenarkan untuk beroperasi,” dakwa Veeriah.

Veeriah turut menjelaskan bahawa kesatuan sekerja kini bingung dengan keadaan berlaku, dan mempersoalkan adakah Miti telah melakukan “penelitian mendalam” sebelum membenarkan syarikat terbabit beroperasi.

Veeriah turut mempersoalkan kan adakah kementerian akan menguatkuasakan terma 2(ii) dengan tegas jika didapati syarikat yang melanggar peraturan terbabit dan adakah kebenaran tersebut ditarik balik.

“Rakyat juga perlu tahu bahawa tindakan undang-undang boleh dikenakan kepada pekerja,” kata Veeriah.

“Meskipun kami berpandangan kebenaran itu melanggar kepada undang-undang perkara 2 (ii) syarat kelulusan Miti, pihak kementerian perlu konsisten supaya tidak ada syarikat yang melanggar peraturan itu,” katanya lagi.

[Baca berita asal]