28 ditangkap sepanjang pelaksanaan PKP
KORONAVIRUS l Dua puluh lapan individu telah ditahan sepanjang penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan untuk membendung pandemik Covid-19, kata Menteri Pertahanan Ismail Sabri Yaakob.
Beliau juga menasihatkan akyat Malaysia supaya mematuhi PKP dan tinggal di rumah kecuali wujud keperluan untuk keluar.
Mulai Ahad lalu, Angkatan Tentera Malaysia telah dikerahkan ke seluruh negara untuk membantu polis dalam menguatkuasakan PKP.
Pada sidang akhbar tengah hari ini, Ismail Sabri mengingatkan orang ramai bahawa pihak berkuasa mungkin terpaksa mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang menghalang penjawat awam daripada menjalankan tugas mereka dan enggan mematuhi perintah dan nasihat yang diberikan oleh polis semasa tempoh PKP.
"695 laporan polis telah dibuat. 46 kes sedang disiasat dan 46 IP (kertas siasatan) telah dibuka. 28 orang telah ditangkap.
"Saya menasihatkan (orang ramai) supaya tidak mencabar undang-undang. Apa yang dilakukan oleh kerajaan sekarang adalah menjaga keselamatan diri dan keluarga," kata Ismail Sabri.
Menteri itu tidak menyebutkan bila 28 individu berkenaan ditahan sejak PKP dikuatkuasakan bermula pada 18 Mac lalu.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai