Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 4 tahun diterbitkan

Covid-19: Lynas tutup loji Kuantan

Syarikat pemprosesan nadir bumi Lynas Corp berkata pada Isnin bahawa ia akan menutup sementara lojinya di Malaysia selepas kerajaan mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan dalam usaha mengekang wabak Koronavirus.

Lynas, syarikat pemproses nadir bumi terbesar di dunia di luar China, berkata lombong utamanya di Mt Weld di Australia akan terus beroperasi.

Malaysia menggerakkan pihak tentera pada Ahad untuk menguat kuasa kawalan perintah selepas mencatat kes koronovirus tertinggi di Asia Tenggara.

Penutupan loji tersebut dijangka dipanjangkan sehingga 31 Mac, dan Lynas memberitahu bahawa ia akan meninggalkan beberapa inventori kerja yang sedang berjalan di kilang untuk membantu ia dimulakan sebaik tamat perintah kawalan.

Pada masa ini, syarikat itu berkata ia akan membayar semua kakitangannya, dan mengurangkan perbelanjaannya.

Firma Australia itu berkata baki tunainya pada akhir 3019 ialah AS$63.96 juta dan menjangka bahawa aliran tunainya positif menjelang pada suku pertama Mac.

- Reuters