Artikel ini sudah 5 tahun diterbitkan
Hanya polis, tentera dan Rela dibenar buat rondaan
Tiada mana-mana pihak termasuk Pasukan Keselamatan Kampung (PKK), dibenar keluar untuk membuat rondaan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan, sehingga 31 Mac ini.
Ketua Polis Daerah Gombak ACP Arifai Tarawe berkata, dalam tempoh pelaksanaan perintah itu, hanya anggota polis, tentera dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela), dibenar membuat rondaan.
“Tiada kebenaran diberi kepada sesiapa pun untuk buat rondaan dan semua kena berada di rumah,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Kenyataan itu dikeluarkan susulan isu yang menjadi viral di media sosial, bahawa terdapat sekumpulan anggota PKK membuat rondaan di kawasan Kampung Changkat, di Gombak.
Arifai berkata siasatan lanjut berhubung perkara itu sedang dijalankan.
- Bernama
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai