Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 4 tahun diterbitkan

Itali perketat 'lockdown' selepas 43,000 kes Covid-19

Perdana Menteri Itali, Giuseppe Conte, berkata semua aktiviti perniagaan akan ditutup kecuali membabitkan barangan keperluan penting, dalam usaha negara itu memerangi penularan wabak Covid-19, lapor agensi berita Xinhua.

Pengumuman itu sekaligus mengetatkan lagi langkah "lockdwon", disifatkan paling dramatik dalam sejarah.

Conte berkata krisis yang dihadapi Itali sekarang "paling sukar sejak berakhirnya Perang Dunia II."

Pasar raya, farmasi, pengangkutan dan perbankan, masih dibuka tetapi aktiviti perdagangan tidak penting dilarang sama sekali.

Peraturan baru itu dijangka berkuat kuasa mulai Isnin.

Langkah itu diumumkan beberapa jam selepas pegawai pertahanan awam Itali mendedahkan seramai 793 penduduk terkorban dalam tempoh 24 jam, dengan jumlah kes terus meningkat kepada hampir 43,000.

- Bernama