Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 4 tahun diterbitkan

Suspek kes rogol anak kekasih serah diri lepas dipujuk polis

Seorang individu yang diburu polis atas dakwaan merogol remaja perempuan berusia 14 tahun serta diugut bunuh menyerah diri selepas dipujuk oleh pihak polis.

"Tangkapan dibuat pada 18 Mac, selepas beberapa serbuan. Suspek serah diri di Balai Polis USJ, setelah dipujuk oleh pasukan D11, Bahagian Siasatan Jenayah daerah Subang Jaya," kata Ketua Polis Daerah Subang Jaya Ketua Asisten Komisioner, Risikin Satiman.

"Mahkamah membenarkan reman selama tujuh hari untuk siasatan lanjutan," tambahnya dalam satu mesej ringkas ketika dihubungi Malaysiakini.

Semalam, dilaporkan seorang pelajar perempuan berusia 14 tahun membuat laporan polis, mendakwa dirogol serta diugut bunuh oleh teman lelaki ibunya.

Laporan polis dibuat oleh remaja tersebut bersama bapanya di Balai Polis Puchong, kelmarin.

Mangsa dalam laporan polis itu mendakwa lelaki 40-an itu pada 16 Mac ketika berada di rumah di Puchong, dipaksa membuka baju ketika ibunya pergi ke kedai. Setelah mangsa menolaknya, individu tersebut merogolnya, dakwa laporan itu.

Remaja itu juga mendakwa pernah dirogol beberapa kali sebelum ini dan diugut bunuh sekiranya memberitahu insiden itu kepada orang lain.