‘Please stay the fxxk home’ - nasihat Fahmi kepada rakyat
Aktivis sosial dan artis grafik Fahmi Reza turut sama menyeru orang ramai supaya tidak keluar rumah bagi membendung penularan pandemik Covid-19.
“Please stay the fxxk home” (tolong tinggal fxxk di rumah),” katanya menerusi lukisan beberapa poster dan karikatur yang dimuat naik di akaun media sosial.
Salah satu lukisan tersebut menggambarkan seorang pegawai perubatan yang memegang poster yang tertera: I stay here for you, you stay the fxxk home for us. (saya di sini untuk kamu, kamu tinggal fxxk di rumah untuk kami).
Poster lain ditulis 13 days to go. Stay home, save lives atau “13 hari lagi. Duduk rumah, selamatkan nyawa”.
“Kamu ada kuasa untuk lindungi orang lain daripada dijangkiti wabak Covid-19 dan hentikan penularan wabak ini.
“Dengan duduk di rumah dan amalkan penjarakkan sosial, kamu berpotensi untuk selamatkan ribuan nyawa dari terkorban,” katanya.
Selain itu, Fahmi juga menggesa pekerja bukan dalam kategori penting atau essential yang dipaksa bekerja supaya membuat laporan polis.
Walau bagaimanapun penggunaan bahasa dalam karya seninya menyinggung sesetengah pengamal media sosial.
“Jika nak tengok poster grafik ‘sopan’ yang tak menyinggung mana-mana pihak, sila cari di tempat lain,” katanya sambil menambah bahawa karyanya hanya menyasarkan individu tertentu.
“Kalau kamu tak suka, kamu bukan target audience” katanya.
Namun terdapat juga warga maya yang berterima kasih kepadanya.
“…. Saya nak ucapkan terima kasih kerana terus mengingatkan perintah ini menerusi karya seni. Terima kasih kerana bantu 'mendatarkan kenaikan graf' dan menyelamatkan nyawa,” kata seorang kakitangan perubatan itu.
Fahmi membalas yang dirinya hanya membuat apa yang mampu bagi membantu mengatasi masalah tersebut.
“Saya buat yang termampu untuk bendung wabak ini daripada terus menular dan bantu semua kakitangan perubatan yang bergadai nyawa di luar sana. Terima kasih atas pengorbanan semua,” katanya.
Semalam, Perdana Menteri Muhyiddin Yassin terpaksa merayu supaya rakyat tidak keluar dari rumah susulan terdapat rakyat yang dilihat mengambil sikap sambil lewa pada hari pertama perintah kawalan pergerakan itu dijalankan.
Mereka masih keluar, makan di restoran, berpiknik di pantai dan melakukan aktiviti riadah.
Setakat tengah hari semalam, Malaysia mencatatkan sejumlah 790 kes Covid-19. Terdapat juga dua kematian yang dilaporkan.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai