285kg ketum dirampas di Pengkalan Kubor
Sebanyak 285 kilogram (kg) daun ketum yang disyaki cuba diseludup ke negara jiran berjaya dirampas Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Tiga Pengkalan Kubor di Tumpat., awal pagi ini.
Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM Wilayah Tiga ASP Mohd Rudzuan Ahmad berkata daun ketum bernilai RM25,650 itu dirampas dalam Ops Gelora berdekatan pangkalan haram Buaya dekat Sungai Mentua, Pengkalan Kubor di Tumpat, kira-kira 1 pagi tadi.
“Empat anggota PPM yang menjalankan rondaan menggunakan bot pemintas RH3 telah ternampak dua lelaki sedang memunggah bungkusan daripada kereta ke dalam bot berdekatan pangkalan haram Buaya.
“Bagaimanapun kedua-dua lelaki bertindak itu melarikan diri menggunakan kereta sebaik dihampiri ...pemeriksaan di dalam bot menemukan sembilan bungkusan daun ketum yang disyaki cuba diseludup ke negara jiran,” katanya pada sidang akhbar di Markas Operasi PPM Wilayah Tiga di Tumpat, hari ini.
Dalam pada itu, beliau menggesa orang ramai menyalurkan maklumat berhubung pergerakan mencurigakan di kawasan sempadan Malaysia-Thailand di negeri ini sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan yang bermula hari ini sehingga 31 Mac menerusi talian 09-7211622/7215069.
- Bernama
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai