Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 5 tahun diterbitkan

Senarai penuh perkhidmatan yang dibenarkan beroperasi

Majlis Keselamatan Negara (MKN) hari ini menerbitkan garis panduan terperinci untuk menerangkan jenis-jenis perkhidmatan dibenarkan untuk beroperasi semasa tempoh perintah kawalan pergerakan, yang bermula hari ini hingga 31 Mac.

Antara 23 perkhidmatan penting atau essential yang disenaraikan itu, termasuk, hotel, inap desa atau homestay dan penginapan berbayar.

Menurut MKN, perkhidmatan tersebut dibenarkan untuk beroperasi tetapi tetamu "perlu berada di dalam bilik penginapan mengikut tempoh kuarantin".

Dapur sajian atau makan hanya boleh dipesan dan disajikan melalui room service atau perkhidmatan bilik.

Kemudahan hotel seperti kolam renang, gim, pub, bar, restoran dan spa tidak dibenarkan beroperasi.

Berikut adalah panduan lengkap yang dikeluarkan oleh MKN:

Sementara itu, MKN juga mengeluarkan garis panduan untuk sembilan "perkhidmatan tidak penting" yang dibenarkan beroperasi sepanjang tempoh ini.

Antaranya ialah bengkel kereta, yang dibenarkan untuk "beroperasi pada skala minimum".

Berikut senarainya.

1. Pembaikan kenderaan

Perkhidmatan pembaikan beroperasi pada kadar minimum manakala perkhidmatan tunda dibenarkan.

2. Pembinaan dan Pengubahsuaian

Infrastruktur dalam pembinaan yang melibatkan keselamatan (dibenarkan tertakluk kepada penilaian Jabatan Kerja Raya dan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH).

3. Keagamaan

Perhimpunan agama adalah dilarang.

Pengurusan kematian pula ibenarkan dengan penglibatan minimum.

4. Sukan atau riadah awam

Tidak dibenarkan manakala kemudahan atau lokasi ditutup.

5. Sosial dan budaya

Perhimpunan/persembahan/konsert/busking/zumba/kelab malam/disko/bar/karaoke/panggung wayang/pusat hiburan keluarga/fun fair/arcade dilarang dan ditutup.

Majlis kenduri/keraian juga tidak dibenarkan.

6. Pergerakan dalam negara

Ini juga tidak dibenarkan kecuali bagi tujuan mendapatkan keperluan asas dan akses kesihatan.

7. Pergerakan ke luar negara

Warganegara tidak dibenarkan tetapi bukan warganegara dibenarkan.

Kepulangan warganegara ke tanah air dibenarkan dengan menjalani pemeriksaan dan kuarantin 14 hari.

8. Kemasukan warga asing

Mereka tidak dibenarkan masuk - kecuali mempunyai taraf diplomatik, penduduk tetap dan pegawai dagang (expatriate) dalam perkhidmatan 'penting' dan mesti dikuarantin 14 hari berdasarkan kepada kes.

9. Kerja di luar negara

Warga Malaysia dilarang ke Singapura/Thailand/Brunei/Indonesia.