Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 5 tahun diterbitkan

Covid-19: 368 lagi kematian dicatatkan di Itali

Wabak novel koronavirus (COVID-19) kini meragut 368 nyawa di Itali pada Ahad, lapor agensi berita Xinhua memetik data terkini Jabatan Perlindungan Awam.

Ketua Jabatan Perlindungan Awam, Angelo Borrelli mengesahkan seramai 20,603 orang telah dijangkiti dan 1,809 meninggal dunia sejak epidemik pertama berlaku di utara Itali pada 21 Februari.

Jumlah itu meningkat berbanding 17,750 orang pada Sabtu dengan 1,441 kematian dan 1,966 pesakit pulih.

Sementara itu, kata Borrelli secara keseluruhan seramai 2,335 pesakit pulih.

- Bernama