Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 5 tahun diterbitkan

Waktu melawat Hospital Sultan Ismail di JB disingkatkan

Waktu melawat di Hospital Sultan Ismail (HSI), di Johor Bharu, dipendekkan setengah jam pada tengah hari dan satu jam pada sebelah petang sebagai langkah mengurangkan risiko jangkitan Covid-19.

Menerusi notis makluman perubahan waktu melawat arahan pengarah hospital itu seperti yang dimuat naik dalam laman Facebook Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ), bilangan pelawat juga akan dikurangkan dengan kanak-kanak berumur kurang daripada 12 tahun dilarang sama sekali melawat pesakit di wad hospital berkenaan.

Waktu melawat di hospital kini ditetapkan mulai 1 tengah hari hingga 2 petang (12.30 tengah hari hingga 2 petang sebelum ini) dan 5 petang hingga 6.30 petang (4.30 petang hingga 7 malam sebelum ini) setiap hari bekerja termasuk cuti umum dan cuti am.

“Peraturan ini mengurangkan bilangan pelawat, larangan melawat oleh kanak-kanak berumur kurang 12 tahun dan memendekkan masa melawat) berkuat kuasa serta merta dan sebarang perubahan akan diberitahu kelak,” menurut notis makluman perubahan waktu melawat terbabit.

- Bernama