27 ahli dan pemimpin PKR dipecat, 12,896 kemasukan ahli baru
Seramai 27 pemimpin dan ahli PKR sama ada telah dipecat atau meninggalkan parti itu susulan tindakan yang disifatkan sebagai "pengkhianatan" yang menyebabkan kejatuhan kerajaan PH.
Ketua Setiausaha Pengelola Majlis Pimpinan Pusat PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata biro politik parti itu dalam mesyuarat semalam telah meluluskan 12,896 orang anggota baru antara 1 Januari 2020 sehingga 11 Mac 2020.
Jelas Nik Nazmi, Perak mencatat permohonan anggota paling ramai iaitu 3,108 diikuti Selangor 2,352, Sarawak 1,559, Kedah 1,414 dan Johor 959.
Sementara itu, Nik Nazmi berkata individu yang tersenarai dipecat dari PKR pada 11 Mac termasuk bekas timbalan presiden Azmin Ali, bekas naib presiden Zuraida Kamaruddin, serta dua lagi anggota yang dipecat dari Majlis Pimpinan Pusat pada 1 Mac.
"(Keputusan itu) berdasarkan bukti yang dikumpul di media sosial, rakaman video, pengumuman media dan lain-lain lagi," katanya sambil menambah berdasarkan bukti serupa, empat anggota lain dalam proses dipecat daripada PKR.
Selain sembilan anggota parlimen PKR yang mengumumkan mengikut jejak Azmin dan Zuraida, senarai itu juga terdiri daripada tiga wakil rakyat - Abdul Aziz Jamhari (Kuala Kurau), Chong Fat Full (Pemanis) dan Muhammad Hilman Idham (Gombak Setia).
Lain-lain nama yang disenaraikan termasuk setiausaha politik Zuraida, Noor Hizwan Ahmad.
Semenjak meninggalkan PKR, Azmin dan hampir semua bekas anggota parlimen PKR yang menyertai gabungan Perikatan Nasional telah menyertai Bersatu dan diberikan jawatan dalam kabinet.
Ahli Parlimen Batu Pahat, Mohd Rashid Hasnon, yang tidak menyertai kabinet sudah memegang jawatan timbalan speaker Dewan Rakyat, sementara itu.
Sementara bekas menteri kerja, Baru Bian malam tadi berkata beliau tidak akan menyerta Bersatu dan kekal sebagai ahli parlimen bebas.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai