Menteri kesihatan UK positif Covid-19
Menteri Kesihatan United Kingdom (UK) Nadine Dorries dilaporkan sah positif Covid-19 dan mengambil langkah untuk kuarantin secara sendiri.
Menurut Reuters hari ini, seorang anggota parlimen pembangkang UK yang bertemu dengan Dorries juga dinasihatkan oleh pihak berkuasa kesihatan untuk berada di rumah sebagai langkah berjaga-jaga.
"Pada masa ini tiada rancangan untuk menangguhkan Parlimen.
"Kami mengikut garis panduan Kesihatan Awam England secara rapat dan telah diberi jaminan bahawa langkah yang diambil adalah sesuai dan memadai," kata jurucakap Parlimen UK seperti dipetik.
Menurut laporan itu, sejumlah anggota parlimen menyuarakan kebimbangan bahawa bangunan Parlimen kurang kelengkapan untuk berdepan virus tersebut, dan anggota parlimen berdepan risiko lebih tinggi kerana perlu ke banyak tempat dan menemui ramai orang.
Sebarang keputusan untuk menangguhkan Parlimen akan dibuat selepas rundingan antara pihak berkuasa Parlimen, speaker dan kerajaan, kata laporan itu lagi.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai