Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 5 tahun diterbitkan

Gempa bumi lemah di perairan Kota Marudu

Gempa bumi lemah bermagnitud 3.3 pada skala Richter dilaporkan berlaku di perairan Kota Marudu, Sabah tengah malam tadi.

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa kejadian berlaku pada pukul 12.48 malam, pada kedalaman 10km, kira-kira 22km Timur Laut, Kota Marudu.

Gegaran mungkin dirasai di persekitaran kawasan gempa itu.    

- Bernama