Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 5 tahun diterbitkan

Majlis angkat sumpah ketua menteri Melaka ditangguh ke 9 Mac

Majlis angkat sumpah jawatan untuk ketua menteri Melaka yang sepatutnya diadakan esok, ditangguhkan.

Dalam satu kenyataan hari ini, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, Hasim Hasan, berkata majlis itu akan diadakan pada 9 Mac.

"Adakah dimaklumkan bahawa Yang di-Pertua Negeri Melaka memutuskan agar istiadat pengurniaan surat cara pelantikan dan angkat sumpah jawatan, taat setia dan sumpah simpan rahsia ketua menteri Melaka ke-12 ditangguhkan (kepada) 9 Mac jam 3.30 petang," katanya.

Pemaklumat itu dikeluarkan beberapa jam selepas BN Melaka membuat keputusan untuk membatalkan kerjasama mereka dengan dua Adun Bersatu negeri itu.

Hal itu diumum Pengerusi BN Melaka, Abd Rauf Yusoh, tengah hari tadi.

Bagaimanapun dalam surat rasmi ditandatangani Hasim itu, tiada sebab atau alasan diberikan atas penangguhan tersebut.

Majlis itu akan diadakan di depan Yang di-Pertua Negeri Melaka, Khalil Yaakob.

Terdapat 28 kerusi dalam DUN Melaka dan ketika ini PN memperolehi majoriti - iaitu 15 kerusi - di sebalik tindakan BN memutuskan hubungan dengan dua Adun Bersatu itu.

Kejayaan PN itu disumbangkan oleh tindakan masing-masing seorang Adun DAP dan PKR.

Akbar New Straits Times hari ini melaporkan Rauf dan 15 Adun terbabit menemui Khalil petang tadi.

[Baca berita penuh]