Siapa mulakan khabar Anwar 'mahu jawatan TPM' pada Mahathir?
Bekas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad hari ini menceritakan kembali kisah di sebalik tabir menjelang pertemuan pemimpin kanan PH dalam Majlis Presiden pada 21 Feb lalu.
Mesyuarat tersebut dilihat lebih menghangatkan polemik tarikh penyerahan kuasa - yang dipersetujui lebih awal oleh PH - daripada Mahathir kepada Anwar Ibrahim.
Memberi penjelasan dalam majlis tertutup di Putrajaya petang tadi, Mahathir berkata, beliau diberikan maklumat kononnya Anwar akan membuat tuntutan agar dilantik sebagai timbalan perdana menteri.
“Sebenarnya pada hari kita (PH) nak mengadakan mesyuarat Majlis Presiden PH, saya dapat maklumat dari setiausaha politik saya, kononnya dalam mesyuarat ini Anwar akan buat tuntutan untuk saya lantik dia sebagai timbalan perdana menteri.
“Jadi kita semua marahlah, tetapi dia (Anwar) tak buat tuntutan itu sebaliknya semua sokong saya,” katanya.
Mahathir berkata demikian dalam pertemuan bersama beberapa barisan ahli serta pemimpin akar umbi PH di Yayasan Kepimpinan Perdana.
Ia dibuat beberapa jam selepas Muhyiddin Yassin mengangkat sumpah sebagai perdana menteri kelapan Malaysia.
Patut kena singkir
Bagaimanapun, pemberita tidak dibenarkan masuk dalam pertemuan tersebut namun perbincangan itu disiarkan secara langsung dalam akaun Facebook Amanah.
Untuk rekod selepas mesyuarat tersebut berakhir, Mahathir dan Anwar menghadiri sidang media dan menjelaskan bahawa mereka bersetuju agar tiada mana-mana pihak mendesak agar ditetapkan tarikh penyerahan kuasa.
Malah Mahathir sekali lagi mengulangi komitmennya untuk berbuat demikian selepas berakhirnya sidang kemuncak pertubuhan Kerjasama Asia Pasifik (Apec) pada Nov tahu ini.
Anwar juga beberapa kali sudah menafikan beliau ingin menyandang jawatan timbalan perdana menteri.
Pendedahan Mahathir itu menimbulkan tandatanya dan kemungkinan wujud pihak tertentu yang sengaja mahu mencipta suasana tegang di antara beliau dengan Anwar.
Sementara itu, Mahathir yang juga merupakan Pengerusi Bersatu mendakwa Muhyiddin adalah antara punca bermulanya krisis kepemimpian negara.
“Jadi dia (Muhyiddin) hendak cari punca krisis,” katanya.
Kenyataan itu dibuat beberapa jam selepas Mahathir menunjukkan pertentangan terbuka dengan Muhyiddin walaupun kedua-dua mereka sebelum ini berpakat untuk menjatuhkan Najib Razak.
Baca 'Dr M letak jawatan sebab pemimpin lebih dengar cakap SU politik'
Pagi tadi Mahathir berkata, beliau berasa Muhyiddin lebih banyak mengkhianatinya sehingga membawa kepada jatuhnya PH dan Umno kembali menjadi kerajaan melalui kem bekas menteri dalam negeri itu.
Petang tadi Mahathir mengajak anggota bersatu untuk membuat pendirian menolak kumplan yang dilabelnya sebagai mengkhianati Bersatu.
"Kita kena tentukan pendirian kita. Orang ini khianati parti kita, patut kita singkir," katanya.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai