Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 5 tahun diterbitkan

Sultan Ibrahim kembali bersemayam di takhta k'jaan Johor

Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar selamat kembali dan bersemayam di atas takhta kerajaan Johor, bermula 25 Februari lalu.

Pengumuman dibuat Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor Dr Abdul Rahim Ramli menerusi Percanangan Dalam Bil: 1/2020, bertarikh sama.

“Jumaah Majlis Diraja Johor mengumumkan Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Yang Dipertuan Bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Datul Ta’zim, telah selamat kembali dan bersemayam di atas takhta kerajaan Johor mulai 25 Feb 2020.

“Daulat Tuanku. Allah Peliharakan Sultan,” menurut Abdul Rahim menerusi Percanangan Dalam berkenaan.

Terdahulu, pada 11 Ogos lepas, Sultan Ibrahim berkenan melantik anakanda baginda Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail sebagai Pemangku Raja Johor, pada majlis pelantikan yang diadakan di Istana Pasir Pelangi, di Johor Bahru.

Sultan Johor bertitah Tunku Ismail diberikan kepercayaan untuk menjalankan tugas dan mentadbir negeri Johor, serta mempunyai semua kuasa yang diperuntukkan kepada Raja dan boleh digunakan pada bila-bila masa.

Baginda bagaimanapun, tidak menyatakan sebab mengapa pelantikan itu dibuat.

-Bernama