Artikel ini sudah 5 tahun diterbitkan
China bahas RUU haramkan makan haiwan liar
Anggota Parlimen China pada Isnin membahaskan draf rang undang-undang (RUU) mengenai mengharamkan perdagangan hidupan liar dan tabiat memakan haiwan itu untuk memastikan kesejahteraan dan kesihatan rakyat, lapor agensi berita Xinhua.
Draf itu dikemukakan pada mesyuarat Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Kebangsaan.
Mengandungi lapan perkara, ia menumpukan mengenai segelintir orang yang terlalu taksub menjadikan hidupan liar sebagai makanan.
Ia juga untuk menyediakan jaminan perundangan yang kukuh demi menjaga kesihatan awam dan keselamatan ekologi.
- Bernama
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai