Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 5 tahun diterbitkan

‘Insaflah PAS, takdir tuhan PAS tak jadi kerajaan’

Pengerusi PH Kelantan, Senator Husam Musa berkata usaha mengumpulkan akaun bersumpah (SD) di kalangan anggota parlimen bagi menyokong Dr Mahathir Mohamad bukan perkembangan yang baik.

Katanya, PH sudah pun memberi kepercayaan kepada Mahathir.

"Kononnya ada SD, yang mana sesetengah pihak mengatakan mereka berjaya kumpul tandatangan untuk pro dan sebaliknya.

"Pendapat saya usaha ini tidak baik untuk negara kerana kita (PH) dah bagi kepercayaan kepada Mahathir. Tidak timbul lagi usul percaya atau tidak.

"PH adalah pihak yang pertama percaya (kepada Mahathir) sebelum PAS dan Umno percaya. PH percaya tanpa usul melalui keputusan PH yang menerima Mahathir sebagai perdana menteri sekiranya berjaya tumpskan BN dan tadbir negara.

"Kalau sekarang terhegeh-hegeh nak berikan undi percaya kepada Mahathir dan mengatakan PH pula tak percaya, ini orang panggil sesuatu yang pelik," jelas Husam.

Husam yang juga pengerusi Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (Kada) berkata demikian selepas menyambaikan Bantuan Bencana Padi Musim 2/2008 di Kota Bharu, hari ini.

Beliau juga berkata PAS perlu insaf dan harus menerima takdir yang ditentukan tuhan.

"Saya nasihatkan PAS supaya insaflah. Takdir tuhan PAS tak berjaya jadi kerajaan maka terima ketentuan tuhan.

“Tak perlu kacau (PH) sehingga pilihan raya umum akan datang," tegasnya.

PAS sedang mengusahakan usul percaya terhadap Mahathir dalam Dewan Rakyat bagi sidang bulan depan.