Artikel ini sudah 5 tahun diterbitkan
Majlis Kerjasama Teluk ambil langkah cegah Covid-19
GLOBAL: Majlis Kerjasama Teluk (GCC) pada Rabu mengumumkan akan mengambil langkah pencegahan di kawasan sempadan GCC dalam usaha menyekat penularan wabak COVID-19, lapor agensi berita Anadolu.
Kenyataan itu dikeluarkan selepas mesyuarat tergempar yang diadakan di Riyadh, dihadiri Menteri Kesihatan Arab Saudi serta beberapa negara Arab lain termasuk Emiriah Arab Bersatu, Qatar, Kuwait, Bahrain dan Oman.
Prosedur pencegahan kesihatan akan dilaksanakan di semua laluan berhampiran sempadan negara Teluk.
Menurut laporan terbaru, UAE kini mempunyai sembilan kes COVID-19.
Iran - jiran negara Teluk - terdahulu mengumumkan dua kematian dicatatkan di negara itu.
- Bernama
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai