Artikel ini sudah 5 tahun diterbitkan
Berita palsu Covid-19: Polis buka 3 lagi kertas siasatan
Polis membuka tiga lagi kertas siasatan berhubung penyebaran berita tidak sahih mengenai jangkitan Covid-19 di media sosial, menjadikan jumlah keseluruhan setakat ini 26 kes.
Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman (Risikan dan Operasi) Datuk Mohd Roze Shaari berkata tiga laporan kes baharu yang diterima pihaknya ialah di Kuching dan Miri di Sarawak serta satu kes di Temerloh, Pahang.
"Tiga kes berkaitan berita palsu akan dituduh di mahkamah masing-masing di Kuala Lumpur, Terengganu dan Sabah.
"Penularan berita ini dilihat serius, saya menasihatkan orang ramai agar tidak berkongsi sebarang kenyataan ataupun artikel tidak sahih berkaitan jangkitan virus itu," katanya kepada Bernama hari ini.
-Bernama
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai