Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 5 tahun diterbitkan

Polis cari lelaki baling parang ke kereta peguam

Polis sedang mencari seorang lelaki yang dipercayai membaling parang ke arah cermin kereta milik seorang peguam di kawasan tempat meletak kereta di Mahkamah Jalan Duta di Kuala Lumpur, pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Sentul ACP S Shanmugamoorthy Chinniah berkata kejadian berlaku pada kira-kira pukul 7.55 pagi semasa peguam berkenaan itu mengambil barang daripada keretanya, apabila tiba-tiba dia terdengar bunyi hentaman kuat.

Beliau berkata peguam itu kemudian mendapati terdapat sebilah parang di atas cermin keretanya.

“Suspek yang menunggang sebuah motosikal kemudian dilihat menendang seorang lagi peguam yang sedang berjalan menuju ke mahkamah, sebelum beredar dari lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

- Bernama