AirAsia lantik syarikat bebas bantu j'kuasa kaji dakwaan rasuah Airbus
AirAsia Group Bhd (AAGB) dan AirAsia X Bhd (AAX) melantik BDO Governance Advisory Sdn Bhd sebagai pakar bebas untuk membantu jawatankuasa lembaga pengarah bebas bukan eksekutif menjalankan kajian melibatkan kedua-dua syarikat itu.
Pada 3 Feb, AAGB mengumumkan dalam makluman kepada Bursa Malaysia bahawa ia telah menubuhkan jawatankuasa lembaga pengarah bebas bukan eksekutif yang terdiri daripada ahli lembaga pengarah bukan eksekutif untuk mengkaji dakwaan rasuah Airbus terhadap syarikat penerbangan itu, dan mengambil apa-apa tindakan yang perlu berdasarkan kajian tersebut.
Sementara itu, pada 5 Feb, dalam makluman kepada Bursa Malaysia, AAX mengumumkan bahawa ia telah mewujudkan jawatankuasa yang sama terdiri daripada ahli bukan eksekutif, khusus untuk mengkaji dakwaan Airbus terhadapnya.
-Bernama
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai