KPM sambut baik saranan PM guna bahasa Inggeris ajar sains, matematik
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan menjalankan kajian mengenai pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris tidak lama lagi.
Dalam kenyataan dikeluarkan hari ini, KPM memberitahu kajian berkenaan akan dibuat dalam tempoh terdekat.
Kementerian terbabit juga menyatakan, pengajaran dan pembelajaran kedua-dua mata pelajaran itu dalam bahasa Inggeris bukan sesuatu yang baru dalam sistem pendidikan kebangsaan.
"Kajian pelaksanaan akan dibuat dalam masa terdekat untuk dibawa kepada pertimbangan jemaah menteri sebelum melaksanakannya," kata kenyataan tersebut.
Isu mengajar dua mata pelajaran berkenaan menggunakan bahasa Inggeris kembali timbul tidak lama selepas Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad, menjadi pemangku menteri pendidikan selepas ia dikosongkan Dr Maszlee Malik.
Mahathir adalah perdana menteri semasa kerajaan terdahulu mencadangkan pelaksanaan kaedah itu yang kemudian dikenali sebagai program Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) pada 2003.
Ia mendapat bantahan banyak pihak dan pengkritik pernah turun ke jalan raya mengadakan bantahan di Kuala Lumpur pada 2009.
Baca Guan Eng: Adakah Mahathir sebut PPSMI?
PPSMI kemudian dibatalkan mulai 2012 selepas kajian bebas antarabangsa mendapati tahap pencapaian pelajar merosot dengan teruk sejak ia dilaksanakan.
Pembatalan PPSMI itu diumum menteri pendidikan ketika itu, Muhyiddin Yassin.
Menurut KPM, semasa mengadakan pertemuan dengan pihak pengurusan tertinggi kementerian itu pada 30 Jan lalu, perdana menteri menyatakan pandangannya mengenai pentingnya pelajar negara ini mempelajari sains dan matematik dalam bahasa Inggeris.
Kata KPM, mengikut pandangan Mahathir, ia sangat penting kerana pengetahuan dan bahan rujukan bagi kedua-dua mata pelajaran tersebut banyak diterbitkan dalam bahasa Inggeris.
Walaupun PPSMI dimansuhkan secara berperingkat-peringkat mulai 2012, kata KPM, Program Dwibahasa (Dual Language Programme - DLP) yang diperkenalkan pada 2016 tetap memberi pilihan kepada sekolah untuk melaksanakan pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam Bahasa Inggeris.
"Sehingga Jan 2020, sebanyak 2,292 buah sekolah seluruh negara telah melaksanakan DLP
"KPM mengambil baik saranan perdana menteri," katanya.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai