Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 5 tahun diterbitkan

Koronavirus: Angka kematian kini meningkat kepada 479 orang

Jumlah kematian di wilayah Hubei, China akibat wabak koronavirus meningkat sebanyak 65 menjadikan jumlah keseluruhan 479 kematian pada Selasa, lapor televisyen negara China pada Rabu.

Sebanyak 3,156 lagi kes dikesan di Hubei, menjadikan jumlah keseluruhan di wilayah itu meningkat kepada 16,678.

Sebanyak 49 kematian baru direkodkan di bandar wuhan dalam wilayah Hubei, di mana virus itu dipercayai berasal berbanding 48 kematian pada hari sebelumnya.

Sebanyak 362 orang di Wuhan meninggal dunia akibat virus itu setakat ini.

Kes baru yang disahkan di Wuhan melonjak sebanyak 1,967 kes pada Selasa, meningkat daripada 1,242 kes pada hari Isnin.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan virus berkenaan sebagai darurat global, dan pakar mengatakan banyak masih belum diketahui, termasuk kadar kematian dan cara jangkitan.

- Reuters