Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 5 tahun diterbitkan

'Bukan dasar kerajaan tutup masjid pada pelancong bukan Islam'

Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad berkata bukan dasar kerajaan melarang pelancong bukan Islam dilarang melawat ke masjid.

“Di masa yang sama kita dapati siaran tidak bertanggungjawab, kononnya pelawat ke Malaysia yang bukan Islam tidak boleh ke masjid kerana takut berjangkit. Ini bukan dasar kerajaan.

“Kerajaan tak isytihar bahawa masjid atau muzium tidak boleh dilawati oleh pelancong kerana mungkin mereka menghidap (koronavirus),” katanya dalam satu sidang akhbar di Putrajaya hari ini.

Agensi berita nasional Bernama pada 26 Jan lalu melaporkan Masjid Putra ditutup untuk lawatan bagi pengunjung bukan Islam susulan kebimbangan terhadap wabak 2019 Novel Coronavirus (2019-nCoV).

Jurucakap pengurusan Masjid Putra berkata penutupan itu berkuat kuasa sehingga satu tempoh yang akan dimaklumkan kelak.

Mahathir Mohamad

Sementara itu, Dr Mahathir berkata bahawa kenyataan tersebut perkara yang tidak bertanggungjawab.

Setakat ini, kes disahkan lebih 5,000 orang dengan lebih 100 kematian di China, tempat wabak itu bermula.

Di Malaysia pula, empat kes positif wabak koronavirus dicatatkan.