Pemilihan Bersatu Labuan: Semua calon menang tanpa bertanding
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Labuan tidak akan mengadakan pemilihan bahagian apabila kesemua yang menawarkan diri menang tanpa bertanding setelah proses penyerahan borang pencalonan ditutup petang tadi.
Pencalonan yang diadakan di pejabat Bersatu Labuan diterima oleh dua ahli jawatankuasa pemilihan parti pusat Prof Mohd Hanafiah Harun dan Roslan Abu.
Ini bermakna Ketua Bahagian Labuan ialah Suhaili Abdul Rahman, manakala Abdullah Omar Bledram timbalan ketua bahagian.
Naib Ketua Bahagian ialah Hassan Jinin manakala Juliana Ibrahim Ketua srikandi dan Ketua Armada Fadilah Abdul Khalid.
Selain itu kesemua yang menghantar borang pencalonan bagi 15 jawatan ahli jawatankuasa bahagian juga menang tanpa bertanding.
Suhaili berkata Bersatu Labuan akan terus lantang bersuara demi keperluan pembangunan ekonomi serta kepentingan rakyat di pulau bebas cukai ini.
- Bernama
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai