Hampir 12,000 kemalangan dalam tempoh 7 hari Op Selamat
Sejumlah 11,788 kemalangan jalan raya melibatkan 17,901 kenderaan dilapor dalam tempoh tujuh hari Op Selamat 16/2020 bersempena Tahun Baru Cina sejak ia dilancarkan pada 18 Jan lepas sehingga semalam.
Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman, Azisman Alias berkata Selangor merekodkan jumlah kemalangan paling tinggi iaitu sebanyak 3,611 kes, Johor (1,824 kes), Kuala Lumpur (1,432 kes) dan Pulau Pinang (978 kes).
"Daripada 97 kemalangan maut yang direkodkan sepanjang Op Selamat kali ini, penunggang dan pembonceng motosikal merekodkan jumlah kematian paling tinggi iaitu 71 kematian,” katanya dalam kenyataan di Kuala Lumpur.
Selain itu, beliau berkata sejumlah 178,906 saman dikeluarkan dan daripada jumlah itu 110,872 saman melibatkan enam kesalahan utama iaitu menggunakan telefon bimbit semasa memandu; tidak mematuhi lampu isyarat; memandu melebihi had laju; menggunakan lorong kecemasan; memotong barisan; dan memotong di garis berkembar.
Op Selamat 16/2020 yang dilancarkan pada 18 Jan bersempena perayaan Tahun Baru Cina akan berlangsung sehingga 1 Feb depan.
- Bernama
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai