Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 5 tahun diterbitkan

Penasihat Azmin: Saya belum terima surat tunjuk sebab

Penasihat Timbalan Presiden PKR Azmin Ali, Khalid Jaafar, berkata setakat ini beliau masih belum menerima surat tunjuk sebab daripada PKR yang dikatakan ditujukan padanya.

Beliau berkata hanya mengetahui perkara itu melalui surat bertarikh 23 Januari yang dikongsi di media sosial, lapor The Star.

Menurut surat itu, Jawatankuasa Disiplin PKR dituduh “menimbulkan sangkaan tidak baik” melalui tulisannya di Facebook, yang antaranya mencadangkan Anwar bersara daripada politik.

Beliau, yang pernah menjadi setiausaha akhbar Anwar sebelum bertukar kem, diberi masa 14 hari untuk menjawabnya, yang jatuh sehingga 4 Februari ini.

Selain Khalid, Naib Presiden PKR Zuraida Kamaruddin juga berdepan tindakan sama.

Malam tadi, 46 pimpinan kanan PKR termasuk Azmin mengeluarkan kenyataan bersama membantah tindakan itu.